Kelab Remaja PAS Malaysia atau singkatannya KRPM ini ditubuhkan pada 28 September 2021 yang lalu. Kelab ini ditubuhkan oleh beberapa remaja yang bermula dari menubuhkan Group Whatsapp sahaja, kemudiannya ia berkembang di TikTok. Antara tujuan utama adalah  bagi menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia terutamanya dalam kalangan remaja di dalam politik terutamanya. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar kelab remaja, disebabkan itu lah kami menubuhkan kelab ini supaya anak muda zaman ini yang digelar "Gen Z". Golongan remaja juga perlu melibatkan diri dalam hal politik untuk masa depan yang lebih baik. Kelab Remaja PAS Malaysia mementingkan ajaran Islam dan perintah Allah SWT. Insya Allah.