Kelab Remaja PAS Malaysia (KRPM)

Tarikh Ditubuhkan : 28 September 2021
Tarikh Dirasmikan oleh DPPM : 1 September 2022

"Generasi Unggul, Negara Sejahtera"

Kelab Remaja PAS Malaysia atau singkatannya KRPM ini ditubuhkan pada 28 September 2021 yang lalu. Kelab ini ditubuhkan oleh beberapa remaja yang bermula dari menubuhkan Group Whatsapp sahaja, kemudiannya ia berkembang di TikTok. Antara tujuan utama adalah  bagi menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia terutamanya dalam kalangan remaja di dalam politik terutamanya. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar kelab remaja, disebabkan itu lah kami menubuhkan kelab ini supaya anak muda zaman ini yang digelar "Gen Z". Golongan remaja juga perlu melibatkan diri dalam hal politik untuk masa depan yang lebih baik. Kelab Remaja PAS Malaysia mementingkan ajaran Islam dan perintah Allah SWT. Insya Allah.
Dasar PAS ialah ISLAM
Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR
Usaha-usaha PAS :

1. Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Noor Akmal Hadi Bin Abd Razak

Ketua KRPM

Muhammad Naf'an Bin Mohd Rafid

Timbalan Ketua KRPM

Mohammad Hairul Nazmi Bin Mohammad Redha

Naib Ketua KRPM

Ammar Amsyar Bin Abd Halim

Setiausaha

Muhammad Amirul Syazwan Bin Ibrahim

Timbalan Setiausaha KRPM

Ustaz Mohamad Hafiz Bin Hussin

Penasihat KRPM

Muhammad Nabil Ahnaf Bin Saipol Bahri

Ketua Lajnah Dakwah

Intan Nur Aisyah Binti Yusri

Penolong Lajnah Dakwah KRPM

Nurul Ain Binti Abdullah

Ketua Muslimat KRPM

Aishah Fariha Najiha Binti Mohd Jumady Maidin

Lajnah Dakwah Muslimat 1

Sarah Izyani Binti Sabry

Lajnah Dakwah Muslimat 2

Aiman Yasir Bin Ahmad Taufik

AJK Teknikal

Nur Hani Qayyimah Bt Helmi

Penolong AJK Teknikal KRPM

Muhammad Fariduddin Bin Ahmad

Lajnah Penerangan & Media

Muhammad Muqri Bin Ahmad Subaki

Admin Instagram & TikTok

Muhammad Izzat Bin Muhammad Zabidi

Admin Facebook

 Orang yang paling bahagia adalah orang yang paling kuat cintanya pada rabbnya. 

Ammar AmsyarAhli KRPM
     

 Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat balasannya. 

Al-Quran(QS. Az-Zalzalah: 7)
     

 Simpanlah ujian kesulitan, kesedihan dan kekecewaan kita dalam doa. Tak perlu selalu bercerita di media sosial yang boleh dibaca ramai orang. Seperti mana kita diperingatkan agar menutupi aib orang, maka haruslah juga kita memelihara aib diri kita sendiri dari diketahui orang. 

Muhd AfiqAhli KRPM
    

 Jika allah bagi apa yang kamu suka, Maka buatlah apa yang allah suka. 

Hazim ZainolAhli KRPM
    

 Dunia ini penuh dengan orang orang baik.Jika kamu tidak menemukan nya, maka jadilah sebahagian darinya. 

Muaz RoslanAhli KRPM
    

 Allah tak pernah mengecewakan kan kita . Terlalu banyak nikmat yang telah Dia beri pada kita. Kalau nak diceritakan satu persatu nikmat yang telah diberi ,maka tidak dapat kita hitung akan ia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah kita miliki sekarang. 

Hazim ZainolAhli KRPM
   

 Walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan, tetapi Allah akan menghapuskan dengan satu keinsafan. 

Widad IslahAhli KRPM
    

 Jangan terlalu bangga bila orang tua kita support untuk kita berpacaran. Ketahuilah ia adalah subahat. Subahat melakukan dosa , maka sama² mendapat dosa. 

Hazim ZainolAhli KRPM
   

 "Jika seseorang berusaha menguji kesabaranmu,Sadar dan ingatlah bagaimana Tuhan telah bersabar terhadapmu.' 

Arif ZakwanAhli KRPM
    

 Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedangNya Allah iaitu Khalid Bin Walid. 

WahidaAhli KRPM
    

 Jangan beribadah kepada Allah agar Dia memberi. Tapi beribadahlah kepada Allah agar Allah redha kerana ketika Allah redha, kamu akan terkejut dengan pemberian-Nya. 

Hairul NazmiAhli KRPM
     

 ثق تمامًا.. بأن الأشياء تأتي بقدر سعيك لا بقدر رغبتك Yakinlah bahwa segala sesuatu akan menjadi kenyataan dengan apa yg anda upayakan, bukan apa yg anda inginkan 

Mahfuz Mohd ShukriAhli KRPM
    

 Umur tidak mendewasa kan kita, yg mendewasa kan kita itu adalah pengalaman.. jd, pengalaman itu perlu di cari, bukan di tunggu...;)) 

Akil SufiyanAhli KRPM
    

 "setiap minit perjalanan hidup tersirat dengan manisnya kenangan atau pahitnya suatu ujian.TERUSKAN KUAT DAN TABAH menghadapinya. Teruskan langkah walaupun jatuh berkali-kali" 

Muhammad MuqriAhli KRPM
     

 Jangan mengeluh, luka itu kan anugerah daripada Allah. 

HumanAhli KRPM
    

 Jika diam mu bijak, maka diamlah, Namun jika diam mu diinjak, maka bicaralah, Supaya mereka diam. 

Arif ZakwanAhli KRPM
     

 Sesungguhnya darjat yang tertinggi dalam maqam sabar adalah menahan diri dari mengadu selain kepada Allah سبحانه وتعالى. Imam Sheikh Abu Bakar bin Salim bin Abdurrahman Assegaf ~ 

الفقير خير الحرسينAhli KRPM